Showing posts with label SekadaR Renungan. Show all posts
Showing posts with label SekadaR Renungan. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

fadhiLat Ayat Seribu DiNaR..SubhanAllah(^_^)


Fadhilat Ayat Seribu Dinar:

1. Membacanya membolehkan dimudahkan rezeki.

2. Membacanya sebanyak 70 kali beserta selawat ke atas Nabi membolehkan seseorang itu dipenuhi hajatnya, Insya-Allah.

3. Mengamalkan pembacaan ayat ini memudahkan urusan seharian pembacanya

4.Jika melakukan perniagaan,membacanya akan melariskan perniagaan..

(yg cerita ni ehsan blog encik Kalam AlMusaddad)
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Antara kelebihan lain Ayat 1000 Dinar :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Mungkin banyak lagi kelebihan2 ayat seribu dinar ini...
tapi kisah benar aku ialah..
setiap kali aku hilang barang or silap letak barang(kes pelupe:P)
aku mesti akan baca ayat seribu dinar berulang kali..
dan barang tu pon akan jumpa dgn mudahnye..(cume guna jari..teehee:))
contohnye...KES 1:
kad matrik hilang wktu nak exam sampai ke kafe aku cari
Alhamdullillah..bile aku bace byk kali ayt2 ni..tibe2 rase nk cek dlm kotak buku..
padahal tu adalah tpt yg aku x feveret nk bukak sbb buku yg betimbun(bajet rajin kunun:P)
n..bertemu lah aku dgn kad matrik kesayangan aku yg klo x jumpe aku x bley amik exam!huarrr..sob..sob..


ni contoh jerr kk..tah sape punye laa...hehe

p/s:pic kad matrik aku xbley upload..sbb muke sememeh..sile abaikan..hihihi

KES 2:
kt opis aku plak..dokumen client bagi pasal franchise fee die yg manager aku pesan suh simpan elok2 tibe2 hilang!
memang cuak x terkate la..
transaction beribu ribu ni xkan aku nk bayar ganti rugi plak..hoho
so aku pon dgn muke nak nangeh takut kne marah(poyo:P) bace ayt seribu dinar byk kali..
n finally i found the doc!
dkt tpt x feveret jgk..dlm bill bill payment voucher yg menimbun bagai gunung kinabalu bwh meja aku..


haa..ni contoh keserabotan je ehh..
kalo tgk bwh meja lagi tensen..so jgn upload yg itu nti tmbh serabuuutt...tch..

walaopon mmg salah aku yg letak merata rata tatkala otak traffic jam..
aku bersyukur sangat sangat sbb Allah permudahkan segalanya..
Alhamdulillahirobbila'lamin(^_^)



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ...


maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan


~ 94 : 5 , 6 ~


Nabi Muhammad S.A.W bersabda :


" Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah ,
seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan
maka menjadi satu kelapangan daripadanya."

(*_*)

Sunday, April 4, 2010

CINTA SEJATI..




Majnun akhirnya dibunuh kerana cintanya kepada laila..

Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta benda..

Firaun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan..

Tetapi Hamzah, Ja’far dan Hanzhalah mati kerana cintanya kepada ALLAH dan rasulNya..

Alangkah jauhnya jarak kemuliaan dan kehinaan yang dipisahkan oleh kedua dua kelompok manusia ini..

Hari ini,jam ini,minit ini,saat ini..tiba tiba hati rasa terpanggil untuk tulis something valuable for all readers..alkisahnya semalam terbaca newsfeed seorang kawan yang tulis blog boleh menjadi medan dakwah kepada pembaca..tapi memandangkan saya ni bukanlah seorang yang belajar secara mendalam dalam bidang agama so I wrote what I think or what I know and I just hope that it will make sense to everyone..hehehe

Faktor faktor yang menyebabkan cinta kita selalu tersasar dari memilih cinta sejati kepada ilahi:

1.kosongnya hati dari rasa cinta kepada ALLAH

2. Tidak bersyukur dgn nikmat kurniaanNya

3.sedikitnya ibadah,zikir,berdoa dan melakukan perkara sunat

Justeru..suburkanlah cinta kepada Yang Esa dengan:

1.menyibukkan diri denga beribadah kepada ALLAH, memohon keampunan dari Nya
2.menjaga pandangan mata

3.sentiasa berzikir,bertahmid

Lagi satu peringatan nak bagitau korang..

Ada 3 perkara yang sia sia tetapi selalu berulang dalam hidup kita(termasuk hidup saya..huhu):

1. Mensia siakan waktu..
(buang masa la tu..contohnya waktu sepertiga malam yang sepatutnya dimanfaatkan untuk melakukan ibadah sunat tetapi kita penuhkan dengan layan movie,main game, dengar lagu or bla bla bla..[including me la tu..huhu]





2. Membicarakan perkara perkara yang tidak berguna..
(bergosip..sebarkan gossip..dengar gossip..dan yang sama waktu dengannya..hehe tapi sebelum bercakap hal orang lain sila cermin diri sendiri dulu yerr..hehe[i luv to read gossip in tabloid..tapi pasal orang lain yang kat sekeliling aku taklah..malas nak jaga tepi kain orang:P)



3. memperbesarkan masalah masalah yang remeh..
(pasal assignment banyak pun nak kecoh tension tension..sabo jelah..rilek sudeh..~~~hehehe..)

Kadang kadang terfikir jugak layakkah saya nak bagi nasihat untuk orang sedangkan diri sendiri pun belum sempurna..belum cukup ilmu di dada..belum teguh imannya..
tapi yang pasti tanggungjawab menyebarkan sesuatu yang berguna untuk orang lain adalah tanggungjawab sosial yang patut dilakukan oleh setiap orang..

nanti jangan pelik pulak blog ni ada macam macam daripada dakwah, filem ,lagu semua jadi AIR BATU CAMPUR..hehe sebab cik penulis blog ni layaaaaaaaaaaaaaaaaan je semua yang ada!!!hehehehehehe fleksibel la katakan..ngehngehngeh:P

Saturday, March 20, 2010

Women is like apple..



Wanita ibarat epal..(buah lain pun boleh jugak ni..hehe)

Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah..

Tetapi epal yang sukar diperolehi adalah epal yang yang berada di puncak..

Susah dipetik sukar digapai..

Kadang kadang epal itu risau kerana dirinya belum dipetik..

Lantas ia merendahkan dirinya dan menggugurkan diri menyembah tanah namun tak siapa yang mengutipnya..

Malah hari demi hari isi epal menjadi busuk dan hanya menjadi hidangan si ulat ulat..

Sedangkan sebelum ini ia diletakkan sebegitu tinggi..

Kerana ditakdirkan ALLAH supaya tak ada sesiapa yang memetiknya melainkan hanya pemuda yang benar benar ikhlas memilikinya..

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat..

Asalkan CINTA SUCI DIIRINGI CINTA ILAHI..


Heheheheheehheehehe…suke..suke!!!



Sebab suke la saya post kat korang..hehehe

Kenapa suka???

- betapa tingginya martabat seorang wanita..
-kedudukan wanita itu sangat mulia..




Tapi wanita wanita zaman sekarang..masyaALLAH..ish3..huhuhu..lebih senang merendahkan diri mereka untuk digapai..jadi hidangan ulat..eiiiii..geli.geli!!:P
Bila diri dah rendah(low class)..maksiat pun berleluasa..jadilah kes kes Wanita zaman sekarang yang suka buang bayi…nauzubillahiminzaalik..tandanya kiamat sudah hampir tiba..(bertaubatlah segera..huhu)


Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW : Apakah dosa yang paling besar? Baginda SA menjawab : Sekiranya kamu menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi : Kemudian? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran kamu.






sedangkan mereka ni x sedar ke yang bayi tu anugerah tuhan yang sangat berharga..sangat istimewa.. sangat comel….!!(saya pantang nampak baby rasa saaaayaaaaaang sangat..rasa nak peluk..baby melayu ke cina ke india ke omputeh ke negro ke sume comel..hehe!!)..

women is like apple..or women is like laptop jenama apple??alah membeli menang memakai..berbaloi baloi..hehe

ok..have to go..

wanna eat my tom yam..i m starving..yeyeh..:P
salam..

Wednesday, March 10, 2010

Give love to Him..The Almighty..



Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya".

Assalamualaikum..

Saya menulis blog kali ini agak berlainan cara penataannya sebab menyahut saranan seorang sahabat yang teringin sangat sangat nak tengok saya tulis tentang sesuatu yang boleh menjadi renungan buat para pembaca..dah fikir punya fikir….hmmm(sedang berfikir 5 minit)

Apa-apa pon layaaaaaan………..

All I care about is being with you forever
All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you
I cannot live without you
I cannot stop thinking about you
I do not want to wake up from this wonderful dream with you
I have finally discovered true love – that is you
That’s make me love talking to you
I want to spend forever with you.
I will give anything to be with you.
I will give you my heart, my body, and my soul.
I will go with you to the ends of the world as long as you love me.
I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
I will travel a thousand miles to be with you.
Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
Loving you feels like heaven.
Loving you has made life even sweeter.
Loving you has made my life so full of joy and happiness.
My heart cries when we are apart.
You are my love, my heart, and my life.
No man has loved me the way you love me.
Nothing will ever stop me from loving you.
The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
When I am with you, my troubles seem to melt away.
Words are not enough to express how much I love you.
You are the most important in my life.
You are the other half that makes me feel whole.
You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
You bring so much joy and happiness to my life.
Your love is like a solid rock that will never break.
Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream..


I created this poem to express my love to ALLAH the Almighty..

Dalam diri setiap insan ada perasaan cinta yang telah dianugerahkan oleh ALLAH..tapi kadang kala manusia selalu tersasar dengan perasaan yang dianugerahkan itu…

manusia seringkali melebihkan cinta sesama manusia melebihi cinta kepada yang Maha Esa..manusia seringkali mencintai sesuatu yang tidak bermanfaat tetapi membenci sesuatu yang sebenarnya bermanfaat baginya..kenapa itu perlu terjadi??

Manusia yang beriman kepada ALLAH akan menyandarkan cinta dan melabuhkan kasihnya kepada yang Maha Berkuasa..Maha Pencipta.

.Jika ALLAH mengarahkan kepada hal hal yang dikehendakiNYa maka manusia yang beriman harus tunduk dan taat kerana pada hakikatnya itulah yang terbaik untuk kita lakukan..

Bahawasanya semua yang telah diperintahkan, segala takdir qada’ dan qadar telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali lagi..kita sebagai manusia harus menerimanya dengan hati yang ikhlas dan tenang..

Hehehehe..amacam?boleh tulis skrip nih..buat novel pun boleh..lirik lagu pun boleh..hehe tapi tak dapat nak tulis panjang panjang sebab mata dah mengantuk..(maklumla tulis blog tengah malam lepas siap semua kerja..tapi sebelum tidur tangan ni macam nak tulis sesuatu je..hehehe)