Wednesday, March 3, 2010
Macamana nak gembira selepas break..?
perpisahan atau nama omputeh nya BREAK hehe.. adalah 1 perkara yg menyedihkan(jgn nafikan!!) except kpd org yg mmg hobi putuskan hubungan mcm tu biarla..huhu kalau rasa nak menangis..menangisla..(pompuan jerr:P) teriak puas-puas sampai tank air mata dah kering..tapi agak-agak yer nak menangis pun, pegi la tempat private sikit...:) Huhuhu…hari tu saya yg terluka sgt jadi hrp2 dpt kongsi dgn semua orang cara nak mengubati hati saya sendiri n org2 lain yg sama kes..(kes ringan je ni..hehe) sebenarnya x susah pun nak ubat hati yg kuciwa..huhu just depend on that person to take it or leave it..
hah..baca ni..tips2 yang berjaya saya cungkil,korek,gali susah payah(bkn copy paste tao!!) utk korang semua baca…
1. Bertenang dan berdoa
Selagi kita masih marah, sakit hati, dendam, bingung, tertekan dan yang sewaktu dgnnya selagi itu lah kita tidak akan mampu berfikir secara waras, hal2 yg mcm inilah yang selalu membuatkan kita bertindak di luar kawalan. Jadi,carilah jalan terbaik untuk bertenang. Jadi, janganla meremehkan kekuatan sebuah doa. Bila korang berdoa , sikit sebanyak dah bantu diri sendiri untuk menerima kenyataan, menerima semua rasa sakit, merelakannya dengan ikhlas, dan yang terpenting, memaafkan dirinya. Bila dah selesai “amin..”, saya pasti korang semua akan rasa 1 kelegaan yang luar biasa.
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda : "Permudahkanlah, jangan manyusahkan, tenangkanlah dan jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kita memang x boleh tau apa yang akan terjadi di masa hadapan, tetapi kita mempunyai daya untuk bertanya kepada Allah SWT tentang apa yang kita lakukan itu benar-benar terbaik ataupun tidak iaitu dengan banyakkan berdoa serta bersembahyang istikharah. Berlapanglah dada kepada Allah SWT, kerana Dia yang menentukan segalanya.
Dia sentiasa bersama-sama dengan kita dan janganla nak sedih2 lagi sebab kesedihan itu boleh menghapuskan dosa serta menyucikan diri dari kesilapan kita yang lepas. Sesungguhnya Allah SWT mempunyai satu rahsia yang kita tidak ketahui jadi sentiasa lah berfikiran positif dengan hikmah disebalik semua kejadian.
2.Jumpa kawan kawan
Salah satu perkara paling penting dalam proses penyembuhan(sakit hati+sakit jiwa..bkn tahap kritikal:P) adalah meluahkan perasaan kepada seseorang yg memahami diri korang. Usaha lah cari pendengar tersebut so that korang tak merenung sendirian terlalu banyak(sedih sorang2..sob2). jumpalah kawan kawan korang, dan bersenang-senang lah..(kita ENJOY!!hehe) Selain sahabat-sahabat terdekat,korang jugak dapat menghubungi teman-teman yang dah lama tak pernah bertemu dengan korang. X kiralah kawan sekolah rendah ke tadika ke sekolah fardu ain ke sekolah menengah ke kawan keja part time ke bla3 asalkan namanya kawan..hehe..fesbuk kan laman sawang labah2(laman sesawang:P) yg dah berjaya menghubungkan ramai kawan2 jauh dekat kita selama ni..btol x?? n korang pun boleh jumpa dgn kawan2 baru..jangan tutup pergaulan korang tapi berwaspadalah jugak..jgn sampai tesilap langkah..saya target semua yg baca blog ni faham maksud ‘berwaspada dlm pergaulan’(korang kan pandai !!hehe:P) berkenalan dgn kawan2 baru akan memberikan pengalaman baru utk korang, dan waktu korang dikelilingi oleh suasana yang baru, agak susah sikit untuk korang terus memikirkan masa lalu korang..(part yg sedih2 la..hehe) macam biasa, selalulah berhubung dgn teman-teman paling rapat dengan korang/atau family korang x kirala melalui sms,call,mms,sos..hehe JANGAN CALL SI EX PLAK!!huhu Korang cerita puas-puas perasaan korang tu kat member2 korang. Tak kisah le kena charge henpon ke atau chatbox yang dipenuhi dengan ayat2 putus cinta korang. SHARING IS CARING.., dan pada masa yang sama boleh mengurangkan beban yang ditanggung.
3.Lakukan kegiatan yang buat korang rasa sihat, nyaman dan bertenaga!!
korang perlu bagi perhatian pada kenyamanan dan kesegaran hidup korang sendiri..jgn asyik fikirkan benda yg sedih nanti hidup pun rasa mcm seorang looser je..huhu. Seperti dalam surah al-A’raf ayat 23 yang berbunyi : "Wahai Tuhan kami ! kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan berikan kami rahmat, nescaya jadilah kami orang-orang yang rugi".
Contoh kegiatan sihat tu buatlah hal-hal macam bershopping, jalan jalan cuti cuti Malaysia or any new hobby that will make u forget about the sadness n invite the new happiness..!hehe
Saya syorkan korang mula lah berolah raga, pegi gym ke, join tomoi club ke, jogging, atau main futsal dengan teman-teman korang. . Selain menyihatkan bdn dan distract fikiran korang dari pikirkan si dia, mana tau kot-kot ada bro bro or awek awek kat tempat tu yg boleh menarik perhatian korang dan 100xxx lebih baik dari si dia tu.haha.. holaa, kan leh dapat pengganti tu..hehe Dgn x disangka sangka korang akan rasa lebih sehat fizikal dan mental..hehe saya dah kaji, olah raga adalah tempat penyaluran yang positif bagi emosi negatif..hehe paling terbayek lah! Lepas tu, korang gali lagi hobi korang yang dah korang tinggalkan or rasa teringin nak mulakan.. korang mesti ada beberapa minat dan hobi yang terkubur waktu berpacaran dulu(cewah ayat..hehe), maybe sebab terlalu sibuk atau hobi tu x NGAM dgn ex korang..inilah saatnya utk korang kembali!yeah!!hehehe
4.Buang semua kenangan..
Selagi korang simpan semua barang kenangan or souvenir2 dgn dia or yg dia bagi, selagi itulah korang akan terus dalam keadaan murung kerana selalu teringatkan kenangan2 dan segalanya tentang si dia..Jadi kumpulkan semangat untuk buang semua kenangan-kenagan masa lalu bersamanya, x rugi apa pun..tambah pulak barang yg dia bagi..bkn duit korang keluar pun beli barang tu..hehe:P. saya tahu hal ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi percayalah cara ini sikit sebanyak boleh lenyapkan ingatan tentang dia..buat apa nk ingat kisah masa lalu..pandang ke hadapan!!(tapi saya pun blm buang barang yg si ex tu bagi..hahak!!)
5.Mulakan hidup baru!!
Jangan bersedih dengan cinta yang hilang, percayalah pada lumrah alam, setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan tiap pertemuan pasti ada perpisahan..walau apa pun yg berlaku, kegagalan yang kita hadapi hari ini, adalah sebuah aset untuk mematangkan kita supaya kita lebih bersedia menghadapi hari-hari mendatang.. PERCAYALAH, lebih ramai kita mengenali orang, maka lebih banyak lah pengalaman dan pengajaran yang dapat kita pelajari untuk mematangkan fikiran kita. Seterusnya kita ubahlah hidup kita dengan dunia yang baru, Mulakan hidup baru kita dengan senyuman yang pastinya..kita semua hebat kitalah juara, jangan siakan setiap peluang yg ada!!hehe
Bila korang break up, perkataan pertama patut keluar dari mulut korang ialah “Syukur Alhamdulillah”. Kenapa? Kita tak dapat mengagak masa depan kita, seandainya masa depan kita di takdirkan hancur dan haru biru sekiranya masih bersama si dia. Oleh itu kita patut syukur dgn perpisahan ini. Jangan menyalahkan takdir, jangan pikir “kebaikan” andai korang masih lagi bersama si dia. Benda yang sudah lepas, biarkan lepas. Let bygones be bygones..no turning back! Korang kena TERUSKAN HIDUP UTK MASA DEPAN BUKAN HIDUP MERATAPI MASA LEPAS..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Nak tambah sikit tips pasal tajuk ni...
iaitu amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.Tq
weh, hang x p melawat blog orang lain ke, g la...lps tu tinggalkan link, nnt diorg dtg la melawat belog hang
wah2..siap ada tips lg 2..anyway, be strong sis....chayok2!!
satu lagi cara iaitu amalkan zikir, tahmid dan takbir - dgn cara ini dapat mengubat hati yg kecewa n malah selalu mangingati allah... wslm..
thanxz 4 all comment..i really appreciate..:)
angah>>>cmna nk tgalkn link??
ko meluahkan perasaan dalam blog ker???huhuhu....
wah!!!meluahkan perasaan erk!!!!
tips yg bagus wahai cik al yati al said.....
tp better lg hg cita pengalaman hg dgn cara lebeh santai n then listed d tips..kiranya org yg break bleh rasa depa pun trmasuk dlm cita hg....
oooo...tmekasyeh tmekasyeh..
lebih santai..
dah santai la tu..mls nk ingt pengalaman pahit..hehe
untung lar dh leh mgubati... klu xbaik gak (cm kita nie) cmne lah~~~ hurmmmm.... dh tiga taun cm gini,sampai doktor pn leh wat pe...
Post a Comment